KONSERT AKADEMI FANTASIA 7
Setelah enam musim menjadi program realiti nombor satu negara, Akademi Fantasia sekali lagi menemui penonton untuk musim yang ketujuh. Sinonim dengan pelbagai kejutan, AF7 menjanjikan hiburan menarik untuk seisi keluarga
AC Mizal diberi kepercayaan untuk menerajui Konsert Akademi Fantasia, manakala Sarimah Ibrahim akan menjadi pengacara bagi program Diari Akademi Fantasia dan Diari INT AF.
Melalui senarai tenaga pengajar yang diketuai oleh Datin Seri Tiara Jacqueliena yang mencipta sejarah baru dalam AF7 apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai pengetua, barisan tenaga pengajar yang bakal berkhidmat ialah Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi akan berkhidmat sebagai guru vokal teknikal, Siti Hajar akan berkongsi ilmunya dengan para pelajar selaku guru vokal persembahan dan Fatimah Abu Bakar akan berkhidmat sebagai guru motivasi dan Bahasa Inggeris. Keluarga Akademi Fantasia pada musim ketujuh ini juga akan disertai oleh tiga tenaga pengajar baru seperti Ida Nerina yang akan berkhidmat sebagai guru lakonan dan Hashridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis selaku pengarah muzik. Buat julung-julung kalinya, Akademi Fantasia memperkenalkan A.Aris Kadir yang akan berkhidmat selaku guru tarian dan pereka tari untuk musim ketujuh ini.
Konsert mingguan AF7 akan dibawakan secara langsung pada setiap hari Sabtu (bermula 14 Mac 2009), jam 9.00 malam dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil melalui saluran rasmi Astro RIA (saluran 104).
Untuk keterangan lanjut, layari laman web rasmi www.astro.com.my/akademifantasia atau tekan butang merah ”R” di alat kawalan jauh anda.
TRANSFORMASI AKAN BERLAKU!
Promotion : 20% ON-THE-SPOT REBATE ON NORMAL TICKET PRICE
CATEGORY
|
TICKET PRICE
|
20% DISCOUNT
(Round Up To Nearest RM)
|
ARENA
|
RM 20.00
|
RM 17.00
|
Terms & Conditions
- 20% will be given to all Premium VISA Card Members (VISA Platinum, VISA Signature, VISA Infinite)
- 4 tickets per Visa Platinum, Signature and Infinite cardholder
- Purchases MUST be made through the dedicated HOTLINE or at Authorizes outlets
* KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 12 TAHUN TIDAK DIBENARKAN MASUK
* PINTU DIBUKA PADA JAM 8.00 MALAM
* SILA DUDUK SEBELUM 8.20 MALAM
|
|